MELAKA: Kerajaan negeri hari ini membentangkan Bajet 2024 berjumlah RM564.6 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM479.6 juta dengan anggaran Hasil Cukai berjumlah RM167.4 juta, Hasil Bukan Cukai (RM298.9 juta) dan Terimaan Bukan Hasil (RM13.3 juta).
Ab Rauf (BN-Tanjung Bidara) berkata di bawah anggaran perbelanjaan pembangunan pula, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM85 juta.
"... dengan pecahan RM55.6 juta merupakan sumber hasil negeri, RM28.4 juta daripada Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Geran TAHAP) dan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) sebanyak RM1 juta daripada kerajaan Persekutuan serta token sebanyak RM20 adalah pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan," katanya ketika berucap membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024.
Bertemakan Menelurusi Warisan, Mengembalikan Kegemilangan, Ab Rauf berkata Bajet 2024 itu membabitkan tiga agenda serta lapan fokus yang akan dilaksanakan secara komprehensif dan inklusif.
"Bagi Agenda 1 iaitu Pembangunan Ekonomi Yang Kompehensif dan Mampan, ia mempunyai lima fokus iaitu menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur, membangunkan Melaka sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
"Selain itu, memperkasa sektor pelancongan melalui penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), menyegerakan pendigitalan 4G dan 5G serta membudayakan seni, warisan dan budaya negeri Melaka," katanya.
Beliau berkata, untuk Agenda 2 iaitu Kesaksamaan Sosial Demi Kesejahteraan Rakyat, ia mempunyai satu fokus iaitu memperkasa inisiatif di bawah pentadbiran kerajaan negeri Melaka.
Katanya, Agenda 3 merangkumi Peningkatan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam iaitu melonjakkan prestasi anak syarikat kerajaan negeri serta menyediakan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan.
"Di bawah inisiatif kesiapsiagaan kawasan industri, kerajaan negeri sedang menyediakan kawasan industri baharu untuk menarik pelaburan berimpak tinggi, antaranya MCORP Hi Tech Park, German Technology Park dan Kawasan Perindustrian Elkay 2.0.
"Selain itu, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) ditambah baik dengan diberi nama baharu iaitu Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) serta Pembangunan Industri Halal menerusi Melaka Hala Hub di Serkam, Jasin sebagai Pusat Industri Halal pertama di Malaysia," katanya.
Di bawah Inisiatif Kepelbagaian Aktiviti Ekonomi pula, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk terus menyokong pelbagai sektor ekonomi yang berpotensi bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.
Beliau berkata antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuklah projek perintis Projek Pengeluaran Benih Padi Sah di mukim Merlimau membabitkan peruntukan sebanyak RM300,000 yang memberi manfaat kepada 400 petani melibatkan kawasan sawah padi seluas 1,589 hektar.
"Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) akan dibangunkan di Melaka, yang mana kerajaan negeri telah meluluskan permohonan penjelajahan melibatkan kawasan seluas 2,250 hektar.
"Kawalan harga perumahan bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat untuk memiliki rumah idaman membabitkan penyediaan 50 peratus komposisi rumah dengan harga di bawah RM400,000 dan pemberian diskaun ke atas harga rumah bagi perumahan berstatus Tanah Adat Melaka (MCL) di antara lima hingga 10 peratus," katanya.
Untuk Inisiatif TMM2024 pula, Ab Rauf berkata kerajaan negeri optimis dalam mencapai sasaran 8.4 juta pelancong yang berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi negeri khususnya ekonomi rakyat.
"Kerjasama strategik bersama pemain industri pelancongan sempena TMM2024 termasuklah Kupon Cabutan Bertuah untuk setiap pelancong yang menginap di hotel-hotel terpilih dalam Melaka selama dua malam, Kupon Diskaun TMM2024 diberikan sepanjang 2024 bagi tempat-tempat tarikan pelancongan di Melaka.
"Pakej Keluarga TMM2024 yang mengandungi empat lokasi pelancongan iaitu Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium dan Galeri Melaka serta Zoo Melaka dan Taman Burung selain pelbagai pakej pelancongan seperti Pakej Warisan dan Pakej Golf," katanya.
Bagi penjawat awam pula, Ab Rauf berkata Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau paling kurang RM2,000 akan diberikan menjelang Februari depan.
Selain itu, Ab Rauf berkata pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi penjawat awam bertaraf tetap berumur 45 tahun ke atas membabitkan peruntukan hampir RM1 juta.
Katanya, kerajaan negeri turut memanjangkan kemudahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada kakitangan lantikan Kontrak untuk Perkhidmatan (CFS) Jabatan Negeri, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dengan implikasi kewangan hampir RM178,000.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Ab Rauf ketika menjawab soalan pada Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Kedua DUN Negeri Melaka Yang Ke-15 di Kompleks Seri Negeri dekat Ayer Keroh hari ini. -fotoBERNAMA
Paulo Josue raikan jaringan gaya Faisal Halim
Kapten KL City, Paulo Josue meraikan jaringan ketika menentang Kuching City dengan gaya 'siu' ala Faisal Halim sebagai tanda solidariti kepada pemain sayap lincah Selangor FC itu yang mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid dalam kejadian 5 Mei lalu.
Alhamdullillah, Allah selamatkan saya - Pemilik kenderaan
-Alhamdullillah Allah selamatkan saya.-
Mekanisme levi pelbagai peringkat perlu dilakukan seiring dengan permohonan pekerja asing dalam talian - FMM
Ini akan mengukuhkan keseluruhan proses pengambilan pekerja asing di Malaysia, dan tindakan itu penting untuk menerima pakai lebih banyak teknologi, kata FMM.
Jalan runtuh di Sungai Lalang Semenyih
Kejadian jalan runtuh itu berlaku di kilometer 9.6, dengan runtuhan sepanjang 50 meter.
Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang di KL
Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di sini hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hari ini.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.
AWANI Borneo [13/05/2024] – Prerogatif PM | DUN Sarawak | Tenaga hijau
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 13 Mei 2024
- GPS harap wakil Sarawak dipertimbangkan jawatan Speaker Dewan Negara
Projek sambung tara bekalan elektrik Sarawak ke Sabah hujung tahun ini
- Borneo berpotensi besar jadi pembekal tenaga boleh baharu
#AWANIBorneo 13 Mei 2024
- GPS harap wakil Sarawak dipertimbangkan jawatan Speaker Dewan Negara
Projek sambung tara bekalan elektrik Sarawak ke Sabah hujung tahun ini
- Borneo berpotensi besar jadi pembekal tenaga boleh baharu
Lata Kinjang dilanda kepala air
Hujan lebat beberapa jam yang melanda kawasan Kampar dan Tapah menyebabkan berlaku kejadian kepala air di Lata Kinjang awal pagi ini.
Lima individu dinamakan sebagai ADUN lantikan Pahang
Lima individu dinamakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.
Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang di KL
Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di sini hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hari ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sambutan Aidilfitri MADANI pupuk ukhuwah pemimpin dengan rakyat - Ab Rauf
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 mampu menjadikan rakyat agar mensyukuri nilai kebersamaan dan perpaduan yang dikecapi hingga hari ini.
Pakej Melaka Nightlife rancakkan lagi TMM 2024
Melaka Nightlife merupakan pakej istimewa yang memberi peluang kepada pelancong dan pengunjung mendapatkan tiket pada harga serendah RM10.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Melaka cadang wujud bazar Aidilfitri berpusat mulai tahun depan
Jajaran baharu yang dicadang itu akan meliputi kawasan Jalan Jonker hingga Pahlawan Walk, menyediakan ruang niaga yang lebih besar.
Setahun mentadbir Melaka: 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan
Barisan ADUN, Exco dan timbalan Exco yang dipilihnya setahun lalu dianggap pemangkin kepada kejayaannya dalam memimpin dan membangunkan Melaka.
Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri
Katanya bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan di Melaka telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2024 negeri tahun lepas.
Melaka jamin bekalan air mencukupi semasa Aidilfitri - Ab Rauf
Paras air di Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan merekodkan bacaan lebih 80 peratus dan berada dalam keadaan stabil.
TMM2024: Kedatangan pelancong bertambah dalam tempoh tiga bulan
Peningkatan bil utiliti di hotel-hotel seluruh Melaka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, merupakan antara indikator menunjukkan pertambahan kedatangan pelancong.